Saturday, October 15, 2011

~ Selamat Datang ke SMK METHODIST NIBONG TEBAL ~



VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist 14300 Nibong Tebal, Akan Muncul Sebagai Sekolah Menengah Harian Biasa Terbaik Dalam Pencapaian Akademik Di Daerah Seberang Perai Selatan Menjelang Tahun 2012.
MISI SEKOLAH
Menempa Kejayaan Dan Kecemerlangan Dalam Bidang Kurikulum, Kokurikulum Dan Sahsiah.

MATLAMAT SEKOLAH
Mengadakan Persekitaran Pendidikan Yang Kondusif Serta Mewujudkan Permuafakatan Dan Usaha Bersama Semua Pihak Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Ke Tahap Yang Maksimum Sehingga Menjana Kecemerlangan Menyeluruh Di Dunia Dan Akhirat Dalam Aspek Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmaninya (Insya Allah).

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami Di SMK Methodist Nibong Tebal, SPS, Pulau Pinang Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Akan Menumpukan Usaha Kami Untuk Menyempurnakan Hak-Hak Pelanggan Kami Seperti Berikut:


1.       PELAJAR
Mengamalkan Pendemokrasian Pendidikan Dengan Memberikan Peluang-Peluang Pendidikan Yang Terbaik Dan Adil Serta Perkhidmatan Penyayang Kepada Semua Pelajar Dalam Persekitaran Dan Iklim Sekolah Yang Kondusif Mengikut Piawaian-Piawaian Yang Telah Ditetapkan.

2.       KAKITANGAN
Menyediakan Kemudahan Dan Ganjaran Yang Baik Bagi Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Serta Mewujudkan Budaya Pembelajaran Berterusan Sepanjang Hayat.


3.       IBU BAPA / PENJAGA PELAJAR DAN KOMUNITI
Memberikan Layanan Segera Yang Mesra Dan Adil Dengan Harapan Akan Wujud Suatu Hubungan Dua Hala Yang Akrab Bagi Menyelesaikan Segala Permasalahan Yang Timbul Dengan Cara Yang Lebih Harmonis.

4.       PEJABAT PELAJARAN DAERAH, JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Melaksanakan Dasar Dan Kurikulum Pendidikan Negara Yang Berteraskan Kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan Serta Sentiasa Bersedia Untuk Bekerjasama Dan Menurut Perintah.

5.       NEGARA MALAYSIA
Menyediakan Sumber Tenaga Manusia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Mampu Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat Dan Negara.

MOTO SEKOLAH
Berusaha Dan Berjaya

SLOGAN SEKOLAH
SMK Methodist Terus Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang







No comments:

Post a Comment