Sunday, February 26, 2012

Program PPDa dan Ceramah Anti Pemerdangan Orang dan Penyeludupan Manusia

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) DAN CERAMAH ANTI PEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTI PENYELUDUPAN MANUSIA,
SMK TASEK 2012
                                   
Tarikh               : 23 Februari  2012
                                    Hari                 : Khamis
                                   Masa               : 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari
                                    Tempat            : Dewan SMK Tasek.

            PENGENALAN
          Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Seberang Perai Selatan telah mengadakan Program Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Ceramah Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Manusia SMK Tasek 2012. Justeru, seramai empat (4) orang  murid serta seorang guru pengiring telah dijemput bagi menyertai slot ceramah dan juga pertandingan melukis poster anti dadah dan “Jigsaw Puzzle” (penyertaan murid sahaja).

 I
MBASAN PROGRAM

SLOT
ULASAN
a. Ceramah Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeludupan Manusia  Disampaikan oleh Pn. Wan Harnizah Bt Wan Nafiz (Kaunselor SMK Tasek).
- Maklumat yang disampaikan merangkumi definisi, punca, kesan, langkah-langkah menangani serta peranan kita bagi mengelak gejala ini.
b. Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah oleh Pn. Anitha (Pegawai AADK).
- murid-murid didedahkan dengan maklumat berkaitan dengan dadah seperti makna dadah, jenis-jenis dadah, punca penagihan, kesan-kesan penagihan dan langkah-langkah menangani gejala ini.
c. Pertandingan Melukis Poster
- Murid-murid diletakkan di Bilik Seni SMK Tasek sepanjang pertandingan berlangsung.
- Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Menengah Bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) dan Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5).
- Pertandingan berlangsung selama dua jam (9.30 pagi hingga 11.30 pagi).
- Peserta SMK Methodist mendapat tempat Pertama – Khor Jing Ting (4 Cemerlang).
d. Pertandingan “Jigsaw Puzzle”
- Pertandingan diadakan di ruang legar berhadapan tapak perhimpunan SMK Tasek.
- Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Menengah Bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) dan Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5).
- Pertandingan berlangsung selama sepuluh minit dan kepada kumpulan yang telah siap hendaklah memberikan nama kepada pengadil untuk pemarkahan.
- Peserta SMK Methodist mendapat tempat Ketiga (Maizatul Zakiah Bt Abdul Shukur, Dhaneswary A/P Veerasingam dan Nanthini A/P Pirabagaran dari 4 Bestari).
e. Pameran PPDa
- Kiosk AADK menyediakan pamplet dan juga pegawai bertugas untul penerangan yang diperlukan.


PENUTUP
Program seumpama ini amat penting kepada murid-murid dalam menambah pengetahuan dan juga maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah. Justeru, banyak input yang diperolehi dan diharapkan dapat digunakan kelak.
Ceramah PPDa

Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah

Pameran PPDa

Pertandingan "Jigsaw Puzzle"

Tahniah kepada anda semua ^__^


Ceramah Anti Pemerdangan dan Anti Penyeludupan Manusia


Kursus Fasilitator Sahabat PPDa Petronas Sekolah Menengah 2012

KURSUS FASILITATOR SAHABAT PPDa PETRONAS
SEKOLAH MENENGAH 2012
                                    
Tarikh              : 20 hingga 22 Februari  2012
                                    Hari                 : Isnin hingga Rabu
                                    Tempat            : Chalet Air Panas, Jalan Betong,
                                                             33100 Pengkalan Hulu, Perak.
PENGENALAN
Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Situasi yang mula menular secara drastik ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda ini perlulah dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat. Justeru, Program Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) antara Kementerian Pelajaran dan Petronas yang termeterai adalah sejajar usaha semua pihak memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai. Peruntukan yang disumbangkan oleh Petronas iaitu sebanyak RM1 juta setahun sehingga tempoh lima tahun bermula tahun 2008 sehingga 2013 adalah amat dialu-alukan.

OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa kepada para pelajar dan guru supaya dapat mengelak diri daripada terjebak dengan dadah.
2.2 Selari dengan usaha membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
2.3 Membentuk nilai PPDa iaitu budaya sihat, tingkah laku positif, amalan nilai murni dan sikap benci dadah dalam kalangan warga sekolah.

IMBASAN KURSUS

SLOT
ULASAN
a. Slot 1 : Ice-breaking
- murid-murid dapat berkenal-kenal antara satu sama lain bagi mewujudkan hubungan antara mereka.
b. Slot 2 : Pengenalan kepada Sahabat PPDa
- murid-murid didedahkan dengan tujuan mereka menyertai kursus ini dan juga maklumat tentang Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Sahabat PPDa Petronas.
c. Slot 3 : Kenali Diri
- melalui slot ini selain dapat membantu murid mengenali diri sendiri, mereka juga diharapkan dapat mengenali rakan-rakan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan kelak.
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
d. Slot 4 : Kemahiran Asas Membimbing
- membimbing murid-murid untuk menjadi seorang pembimbing / fasilitator.
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
e. Slot 5 : Kemahiran Komunikasi
- melatih murid-murid supaya berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain serta menekankan kemahiran komunikasi berkesan dan kemahiran asertif.
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
f. Slot 6 : Penyelesaian Masalah
- Mendedahkan murid-murid dengan situasi yang memerlukan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi (bekerjasama).
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
g. Pelan Tindakan
- Menjelaskan kepada murid perancangan yang perlu dilakukan dalam setiap tindakan yang akan dilakukan.
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
# seramai 50 orang peserta terdiri daripada murid tingkatan 4.


PENUTUP
Kursus seumpama ini amat penting kepada murid-murid dalam menambah pengetahuan dan juga maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah. Justeru, banyak input yang diperolehi dan diharapkan dapat digunakan kelak.

Membentangkan hasil perbincangan

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

~ Bertindak mengikut arahan ~

"Energizer"

Karnival Pengajian Tinggi Negara "Jom Masuk U"

LAPORAN
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA : “JOM MASUK U”
KALI KE – 8 TAHUN 2012
                                   

Tarikh              : 18 Februari  2012
                                    Hari                 : Sabtu
                                   Masa               : 1.50 petang hingga 6.00 petang
                                    Tempat            : Sunway Convention Centre, Seberang Jaya,
                                                           Pulau Pinang.



1.0       PENGENALAN
Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2012  menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat. Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013.

2.0        OBJEKTIF
            Antara objektif :
2.1 Memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar dan juga guru tentang IPTA dan juga IPTS
2.2  Memberi galakan dan dorongan khususnya kepada para pelajar bagi mengisi tempat di IPTA dan juga IPTS

3.0       SASARAN
            a) Murid-murid (khususnya murid yang akan mengambil SPM 2012)
            b) Ibu bapa
            c) Guru-guru
            d) Komuniti setempat
4.0       IMBASAN KARNIVAL
a)      Aktiviti yang dianjurkan seperti pameran pendidikan, seminar peluang pendidikan tinggi, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, semakan syarat kelayakan program, pendaftaran SAHABAT UPU dapat memberi input kepada murid-murid tentang tindakan yang perlu diambil bagi merealisasikan kemasukan mereka ke institusi-institusi awam atau swasta malah institusi kemahiran. Justeru, mereka dapat mempersiapkan diri ke arah tersebut.

b)      Pameran Jom Masuk U yang  diadakan memberi peluang kepada pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. Ini tentunya memudahkan murid-murid, ibu bapa serta guru-guru mensasarkan tempat ke institusi yang tepat dan memenuhi syarat yang diperlukan.

5.0       PENUTUP
Karnival seumpama ini amat penting kepada murid-murid, ibu bapa juga guru-guru dalam menambah pengetahuan dan juga maklumat yang berkaitan dengan institusi awam, institusi swasta, institusi kemahiran, yayasan negeri dan lain-lain yang terlibat. 





Thursday, February 2, 2012

Program Orientasi Murid Tingkatan Satu Tahun 2012

PROGRAM ORIENTASI MURID TINGKATAN SATU TAHUN 2012

Tarikh                         : 10 Jan hingga 13 Jan 2012
Masa                           : 1.10 tengahari hingga 4.00 petang
Tempat                       : Dewan Ilmu, SMK Methodist Nibong Tebal


RASIONAL
 

  • Murid Tingkatan Satu 2012  perlu diperkenalkan  tentang SMK Methodist, Nibong Tebal serta satu aktiviti yang dirancang khas bagi mengalu-alukan kehadiran murid-murid yang akan memulakan sesi persekolahan peringkat menengah.

OBJEKTIF

  • Memberi pendedahan dan penyesuaian kepada murid-murid tentang budaya belajar di Sekolah Menengah;
  • Memberi pengukuhan disiplin kepada murid supaya sedar tanggungjawab diri dan
  • Menyedarkan dan mengingatkan mereka bahawa bibit kecemerlangan PMR / SPM akan dapat dilihat sejak mereka berada di tingkatan satu.
STRATEGI PERLAKSANAAN

  • Dijalankan mengikut sesi persekolahan biasa (sesi petang)
  • Berbentuk taklimat dan penerangan  terperinci
  • Tugasan individu dan berkumpulan (LDK).

# Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat ->> guru-guru, murid-murid, ahli PRS sekolah, pengawas sekolah.
# Tahniah kepada semua Murid Tingkatan Satu (2012) atas kerjasama yang diberikan.
terima kasih.