Sunday, February 26, 2012

Karnival Pengajian Tinggi Negara "Jom Masuk U"

LAPORAN
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA : “JOM MASUK U”
KALI KE – 8 TAHUN 2012
                                   

Tarikh              : 18 Februari  2012
                                    Hari                 : Sabtu
                                   Masa               : 1.50 petang hingga 6.00 petang
                                    Tempat            : Sunway Convention Centre, Seberang Jaya,
                                                           Pulau Pinang.



1.0       PENGENALAN
Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2012  menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat. Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013.

2.0        OBJEKTIF
            Antara objektif :
2.1 Memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar dan juga guru tentang IPTA dan juga IPTS
2.2  Memberi galakan dan dorongan khususnya kepada para pelajar bagi mengisi tempat di IPTA dan juga IPTS

3.0       SASARAN
            a) Murid-murid (khususnya murid yang akan mengambil SPM 2012)
            b) Ibu bapa
            c) Guru-guru
            d) Komuniti setempat
4.0       IMBASAN KARNIVAL
a)      Aktiviti yang dianjurkan seperti pameran pendidikan, seminar peluang pendidikan tinggi, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, semakan syarat kelayakan program, pendaftaran SAHABAT UPU dapat memberi input kepada murid-murid tentang tindakan yang perlu diambil bagi merealisasikan kemasukan mereka ke institusi-institusi awam atau swasta malah institusi kemahiran. Justeru, mereka dapat mempersiapkan diri ke arah tersebut.

b)      Pameran Jom Masuk U yang  diadakan memberi peluang kepada pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. Ini tentunya memudahkan murid-murid, ibu bapa serta guru-guru mensasarkan tempat ke institusi yang tepat dan memenuhi syarat yang diperlukan.

5.0       PENUTUP
Karnival seumpama ini amat penting kepada murid-murid, ibu bapa juga guru-guru dalam menambah pengetahuan dan juga maklumat yang berkaitan dengan institusi awam, institusi swasta, institusi kemahiran, yayasan negeri dan lain-lain yang terlibat. 





No comments:

Post a Comment