Saturday, October 27, 2012

BENGKEL MUDBALL SMK METHODIST N.TEBAL

Bengkel Mudball ini dilancarkan oleh YDP PIBG kita iaitu En.Teoh Seang Hui.Program ini disertai oleh segenap pelajar SMK METHODIST N.TEBAL.Alangkah gembiranya apabila program ini telah dipaparkan pada dada akhbar selepas program ini mendapat sambutan yang amat menggembirakan.

Thursday, October 25, 2012

KenAngAn PatriOtiSmE

KERJA KERAS para pelajar SMK METHODIST N.TEBAL



Amboi...lawanya..

Cikgu Husna:ouch...slimnya aku..hehexx


Cikgu2 siap bagi posing lah jugak
Dengan gilang-gemilangnya,HARI KEBANGSAAN dan HARI RAYA AIDILFITRI telah disambut secara serentak pada tahun lepas di SMK METHODIST N.TEBAL.Keistimewaan majlis ini ialah sempena sambutan ini,penciptaan Jalur Gemilang yang TERBESAR di SMKM telah dibuat.Ramai pelajar mahupun guru telah melibatkan diri dalam penciptaan ini.

1M 1S




Program ini merupakan program kebangsaan dan penyertaan dari SMK METHODIST N.TEBAL juga diwajibkan.Program ini telah disertai oleh murid sesi petang sahaja.Para guru seperti En.Hisham,Pn.Pauline dan Pn.Shanti telah melibatkan diri dalam program ini.

XPDC ke Bukit Bendera,Pulau Pinang






Ekspedisi ini diadakan pada hari 18.06.2011 dan ianya disertai oleh pelajar sesi pagi dan petang SMK METHODIST N.TEBAL.Antara guru yang mengikuti ekspedisi ialah Cikgu Zuhairi,Cikgu Wahab,Cikgu Husna,Cikgu Zana,Cikgu Iradah dan Cikgu Adni.Para peserta yang mengikuti ekspedisi ini telah diberi T-shirt sebagai kenangan.Para peserta telah menimba banyak pengalaman dan input yang baik daripada ekspedisi ini.Dengan ini,disertakan beberapa kepingan gambar di lokasi.

Sunday, May 13, 2012

KURSUS FASILITATOR PRS PROSTAR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Tarikh : 20 April hingga 22 April 2012
Tempat : Poliklinik Kuala Gula, Perak.

Kursus ini diadakan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Bukit Panchor, Nibong Tebal selama 3 hari 2 malam. Kursus dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan juga aktiviti dalam kumpulan (LDK). ceramah yang diadakan antara Kemahiran Komunikasi, Remaja Sihat Tanpa HIV/AIDS, Kempen Anti Merokok, Aedes dan Denggi. Aktiviti dalam kumpulan seperti komunikasi dalam hubungan, remaja kreatif, ekplorasi dan pertandingan Malam Bakat.

Antara objektif yang disasarkan adalah memupuk gaya hidup sihat di kalangan remaja (pelajar), memupuk jati diri pelajar, hubungan silaturahim antara pelajar serta mewujudkan kerjasama antara mereka..

Peserta sekolah kita (SMKM,NT) telah memenangi tempat Ke-dua dalam Pertandingan Malam Bakat dengan mempersembahkan tajuk sketsa "Kempen Anti Merokok". Peserta sekolah telah dijemput untuk mengadakan persembahan sempena Hari Tanpa Gula di Dewan Serbaguna Jawi pada 10 Mei 2012. Tahniah kepada pelajar yang terlibat - Mohamad Azrol Mustakim, Muhammad Nur Aniq, Mohd Saiful Azam, Maizatul Zakiah, Nur Amirah dan Amalina.








Monday, April 2, 2012

Program Orientasi Sahabat PPDa Petronas

PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa PETRONAS
SEKOLAH MENENGAH 2012
                                   
                                    Tarikh               : 29 Mac  2012
                                    Hari                 : Khamis
                                    Tempat            : Dewan Serbaguna Jawi

1.0       PENGENALAN
Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Situasi yang mula menular secara drastik ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda ini perlulah dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat. Justeru, Program Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) antara Kementerian Pelajaran dan Petronas yang termeterai adalah sejajar usaha semua pihak memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai. 

2.0        OBJEKTIF
2.1 meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran PPDa kepada pelajar serta meningkatkan  kemahiran komunikasi di kalangan pelajar;
2.2 membentuk nilai PPDa iaitu budaya sihat, tingkah laku positif, amalan nilai murni dan sikap benci dadah dalam kalangan warga sekolah; dan
2.3 memberi pendedahan tentang bidang dan peluang kerjaya di Petronas.

3.0       IMBASAN PROGRAM

SLOT
ULASAN
a. Slot 1 : Ice-breaking dan pengenalan kepada PPDa oleh En. Abdul Rahim
- murid-murid dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain bagi mewujudkan hubungan antara mereka
- pendedahan tentang penyalahgunaan dadah melalui tayangan video
b. Slot 2 : Kemahiran Komunikasi oleh Jurulatih Utama serta fasilitator yang telah dilatih
- menekankan kemahiran komunikasi berkesan melalui perbincangan dalam kumpulan dan penggunaan bahasa isyarat – penggunaan tema yang pelbagai
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
c. Slot 3 : Kemahiran Komunikasi oleh Jurulatih Utama serta fasilitator yang telah dilatih
- menekankan kemahiran asertif dalam komunikasi dan tindakan - penggunaan tema berkaitan penyalahgunaan dadah
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
d. Slot 4 : Kemahiran Komunikasi oleh Jurulatih Utama serta fasilitator yang telah dilatih
- menekankan kemahiran memujuk dalam komunikasi dan tindakan – penggunaan tema yang pelbagai
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
e. Slot 5 : Pengenalan kerjaya di Petronas dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Petronas
- penerangan tentang bidang-bidang kerjaya dan peluang kerjaya di Petronas
f. Slot 6 : Bina menara Petronas
- Aktiviti berkumpulan untuk membina menara Petronas dari suratkhabar, straw, belon dan pelekat.
g. Pemberian hadiah
- tiga kumpulan dikira pemenang yang diadili oleh pegawai-pegawai dari Petronas


'ice-breaking'

LDK

LDK

LDK

LDK

LDK

Kerjaya di Petronas

Seminar Remaja : Cinta dan 'Couple'

SEMINAR REMAJA : CINTA DAN “COUPLE”
DI SMK (AGAMA) NIBONG TEBAL
ANJURAN BERSAMA LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN), NEGERI PULAU PINANG
                                   
Tarikh               : 27 Mac 2012
                                    Hari                 : Selasa
                                    Tempat            : Dewan Al-Ghazali, SMK (Agama) Nibong Tebal

1.0       OBJEKTIF
1.1 membincangkan tentang kisah cinta dan ‘couple’ dalam kalangan remaja;
1.2 membincangkan perhubungan yang sihat dan tidak sihat semasa bercinta dan sifat-sifat lelaki dan gadis yang diinginkan oleh pasangan masing-masing; dan
1.3 memberi informasi dan kemahiran berguna mengenai isu-isu remaja seperti kehamilan, penyakit jangkitan seksual serta tanggungjawab seksualiti yang menjadi perkara sensitif sesetengah masyarakat.

2.0       SASARAN
            - Pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 4.

3.0       IMBASAN SEMINAR

PANEL / SLOT
ULASAN
Panel 1 : Dr. Yusni Bt Yusuff (Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja Hospital Pulau Pinang)
- membincangkan tentang perkembangan remaja dari segi fizikal dan emosi
- membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perkembangan remaja
Panel 2 : Pn. Lau Pek Jinn (Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
- membincangkan tentang cinta dan ‘couple’ di kalangan remaja
- membincangkan tentang hubungan yang sihat dan tidak sihat di kalangan remaja
- membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan hubungan cinta dan ‘couple’ di kalangan remaja
Panel 3 : Pn. Inayah Bt Isa (Pengurus Raudhatus Sakinah Pulau Pinang)
- berkongsi kisah remaja yang terlanjur dalam hubungan cinta dan ‘couple’
- membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan hubungan cinta dan ‘couple’ di kalangan remaja
Perasmian Penutup
- disempurnakan oleh wakil Y. Bhg En. Azlan Bin Mohd Salleh (Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pulau Pinang.






Program Bersama Pengawas Tingkatan 1 dan 2

PROGRAM BERSAMA PENGAWAS TINGKATAN SATU DAN DUA
SMK METHODIST, NIBONG TEBAL
                                   

Tarikh                           : 2 Mac  2012
                                    Hari                             : Jumaat
                                   Masa                           : 2.30 petang hingga 4.00 petang
                                    Tempat                       : Makmal Sains 2, SMK Methodist N.T


1.0              PENGENALAN
Setiap pemimpin murid di sekolah perlu menunjukkan contoh keperibadian modal insan kelas pertama supaya dicontohi oleh murid-murid  lain. Kecemerlangan akademik dan sahsiah diri juga perlu seimbang bagi menghasilkan seorang pemimpin yang berkualiti mental dan fizikal. Justeru itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Methodist telah mengadakan Program Bersama Pengawas Tingkatan Satu dan Dua, SMK Methodist Nibong Tebal, untuk terus membantu pemimpin pelajar menghayati konsep kepimpinan dan kepentingan sahsiah diri.


2.0        OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan dan maklumat kepada  murid konsep kepimpinan;
2.2   Memberi kesedaran kepentingan komunikasi dan kerjasama dalam kepimpinan; dan
2.3   Pelajar lebih memahami nilai kepimpinan dalam diri dan memajukan diri supaya lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.


3.0       IMBASAN PROGRAM
Aktiviti
Ulasan
“Ice-breaking”
- Murid diminta melukiskan idola masing-masing seterusnya meminta beberapa orang murid menjelaskan ciri-ciri idola mereka.
Ceramah Kepimpinan Pengawas
- Memberi penerangan tentang definisi, ciri-ciri pemimpin cemerlang dan gaya kepimpinan.
Latihan Dalam Kumpulan
- Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan diminta membincangkan tentang ciri-ciri pemimpin cemerlang. Seterusnya diminta wakil kumpulan untuk menjelaskan ciri tersebut.


'ice-breaking'

Aktiviti berkumpulan (LDK)


Sunday, February 26, 2012

Program PPDa dan Ceramah Anti Pemerdangan Orang dan Penyeludupan Manusia

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) DAN CERAMAH ANTI PEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTI PENYELUDUPAN MANUSIA,
SMK TASEK 2012
                                   
Tarikh               : 23 Februari  2012
                                    Hari                 : Khamis
                                   Masa               : 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari
                                    Tempat            : Dewan SMK Tasek.

            PENGENALAN
          Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Seberang Perai Selatan telah mengadakan Program Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Ceramah Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Manusia SMK Tasek 2012. Justeru, seramai empat (4) orang  murid serta seorang guru pengiring telah dijemput bagi menyertai slot ceramah dan juga pertandingan melukis poster anti dadah dan “Jigsaw Puzzle” (penyertaan murid sahaja).

 I
MBASAN PROGRAM

SLOT
ULASAN
a. Ceramah Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeludupan Manusia  Disampaikan oleh Pn. Wan Harnizah Bt Wan Nafiz (Kaunselor SMK Tasek).
- Maklumat yang disampaikan merangkumi definisi, punca, kesan, langkah-langkah menangani serta peranan kita bagi mengelak gejala ini.
b. Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah oleh Pn. Anitha (Pegawai AADK).
- murid-murid didedahkan dengan maklumat berkaitan dengan dadah seperti makna dadah, jenis-jenis dadah, punca penagihan, kesan-kesan penagihan dan langkah-langkah menangani gejala ini.
c. Pertandingan Melukis Poster
- Murid-murid diletakkan di Bilik Seni SMK Tasek sepanjang pertandingan berlangsung.
- Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Menengah Bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) dan Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5).
- Pertandingan berlangsung selama dua jam (9.30 pagi hingga 11.30 pagi).
- Peserta SMK Methodist mendapat tempat Pertama – Khor Jing Ting (4 Cemerlang).
d. Pertandingan “Jigsaw Puzzle”
- Pertandingan diadakan di ruang legar berhadapan tapak perhimpunan SMK Tasek.
- Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Menengah Bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) dan Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5).
- Pertandingan berlangsung selama sepuluh minit dan kepada kumpulan yang telah siap hendaklah memberikan nama kepada pengadil untuk pemarkahan.
- Peserta SMK Methodist mendapat tempat Ketiga (Maizatul Zakiah Bt Abdul Shukur, Dhaneswary A/P Veerasingam dan Nanthini A/P Pirabagaran dari 4 Bestari).
e. Pameran PPDa
- Kiosk AADK menyediakan pamplet dan juga pegawai bertugas untul penerangan yang diperlukan.


PENUTUP
Program seumpama ini amat penting kepada murid-murid dalam menambah pengetahuan dan juga maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah. Justeru, banyak input yang diperolehi dan diharapkan dapat digunakan kelak.
Ceramah PPDa

Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah

Pameran PPDa

Pertandingan "Jigsaw Puzzle"

Tahniah kepada anda semua ^__^


Ceramah Anti Pemerdangan dan Anti Penyeludupan Manusia