Saturday, October 22, 2011

Keyakinan Diri

Pengertian & Kepentingan Keyakinan Diri


Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.


Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda. 

Jenis-Jenis Keyakinan 
Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
1. Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
2. Keyakinan terhadap diri sendiri
3. Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
4. Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri


Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri

1. Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
2. Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
3. Kurang  pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
4. Kurang kemahiran dan persediaan
5. Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
7. Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup) 
8. Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat


Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
·  Kurang senyum
·  Risau dan kelihatan risau
·  Gugup dan kelihatan gugup
·  Kurang berinteraksi
·  Malas bekerja atau berusaha
·  Bersikap meminta-minta
·  Mudah putus asa
·  Suka gossip dan mengumpat
·  Defensif dan pemarah
·  Mudah berbohong 
(*oleh Taidin Suhaimin)

Saturday, October 15, 2011

~ 4 Macam Manusia ~

4 macam manusia

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :
R   Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
R   Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
R   Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
R   Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Antara Masalah Yang di kesan ~ MASALAH PEMBELAJARAN DAN PERIBADI MURID


Secara umumnya masalah pelajar di sekolah ini dapat dibahagikan kepada masalah sosio-emosi, Akademik, Kerjaya, Peribadi, keluarga dan penyesuaian diri.

ö  Masalah Sosio-emosi

R   Kebimbangan
R   Kemurungan dan kerungsingan
R   Kecelaruan tingkah laku
R   Sindrom Hiperkinetik.

ö  Masalah Akademik

R   Masalah ingatan yang kurang
R   Pencapaian akademik merosot
R   Takut pada peperiksaan
R   Kurang pengalaman/tiada matlamat
R   Tiada sokongan dalaman dan luaran (Keluarga dan persekitaran)

ö  Masalah Kerjaya

R   Tidak tahu membuat pilihan
R   Tidak berkeyakinan
R   Tidak dapat mengenal minat
R   Tiada keupayaan mencapai matlamat
R   Tiada sokongan keluarga.

ö  Masalah Peribadi

R   Kelakuan yang tidak stabil, dan tidak fleksibel
R   Kendiri yang rendah/tidak cakna
R   Terlalu sensitif
R   Tidak peka pada cabaran
R   Komunikasi dan perhubungan dengan guru, rakan dan keluarga.
R   Mudah terpengaruh dengan persekitaran yang tidak sihat
R   Mudah terlibat dengan salah laku sosial
R   Kurang ketahan diri dan keyakinan yang rendah
R   Masalah cinta
R   Tabiat malas dan tidak ambil kisah



ö   Masalah Keluarga dan Persekitaran

R   Keluarga berpisah/perceraian
R   Terbiar
R   Tekanan  kemiskinan
R   Keluarga dan masyarakat tidak membantu
R   Masyarakat tertutup
R   Gejala sosial yang melanda masyarakat.
R   Kurang bimbingan dan sokongan keluarga


ö   Masalah Penyesuaian Diri.

-Tidak mahu dan takut untuk berubah
-Kurang kemahiran komunikasi
-Kurang pendedahan/mudah berlaku kejutan budaya


Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil
kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.
Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka)

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH ~ SMK Methodist


R   Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Memandang sekolah ini menghadapi masalah kekurangan bilik darjah, maka bilik Bimbingan yang sewajarnya tidak dapat disediakan.  Namun begitu sebuah bilik kecil/ruang untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling dapat juga diwujudkan.  Walaupun kurang selesa, tetapi ruang yang ada cukup untuk menampung keperluan dan peralatan semasa.  Bilik pentadbiran B&K dijadikan bilik kaunseling individu  manakala bilik sumber kaunseling dijadikan bilik kelompok.  Inventori peralatan yang terdapat dalam bilik kaunseling ialah, sebuah meja, dua buah almari, satu set komputer meja,  satu rak buku, satu rak fail, tiga papan lembut, satu papan putih, kipas angin dan satu set kerusi rehat.


R   Kajian Keperluan Pelajar.

Kajian keperluan pelajar telah dijalankan seawal minggu pertama persekolahan (Minggu Orientasi) dengan menggunakan ‘Senarai Semak Keperluan Pelajar’ (lampiran).  Kajian juga dibuat dari semasa ke semasa dengan menggunakan alat ujian, temu bual dengan pelajar, rakan, guru-guru, kakitangan sekolah, pentadbir, lawatan sosial, ibu bapa dan berdasarkan laporan guru disiplin dan guru-guru lain.  Berdasarkan maklumat dan hasil ujian, pelajar akan dipanggil untuk menjalani sesi kaunseling individu/kelompok samada bentuk krisis, pencegahan atau pengembangan.


R   Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini menyediakan berbagai kemudahan untuk pelajar. Antara lain:

            1. Sesi kaunseling individu dan kelompok
            2. Bimbingan individu, kelompok dan kelas.
            3. Perkhidmatan konsultasi
            4. Perkhidmatan konferans
            5. Menyediakan ‘reach-out’ dan maklumat-maklumat berkaitan kerjaya, pembelajaran
                dan maklumat-maklumat semasa.
            6. Ujian-ujian dan kuiz
            7. Program-program untuk kemantapan diri, pengembangan kendiri, pencegahan dan
                pemulihan .


Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. 

~ Matlamat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ~

MATLAMAT

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Membantu pihak sekolah bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya dapat mengembangkan potensi dan kecemerlangan diri dalam bidang akademik dan bukan akademik selaras dengan hasrat Dasar Pendidikan Negara

OBJEKTIF AM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING



1. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua
perkembangan diri pelajar dengan  menyediakan peluang, kemudahan dan

 pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar.

2. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar dari terlibat
dalam perbuatan salahlaku seperti tingkahlaku tidak berdisiplin, penggunaan

 dadah, merokok, tingkahlaku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan
haram dan tingkahlaku antisosial yang lain.

3. Memberi khidmat bersifat pemulihan (retnedia) dengan
Tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran,
kerjaya  dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan
 mengatasi masalah mereka.

4. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar
yang memerlukannya.



Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya
selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim). 

~ Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Methodist Nibong Tebal ~

VISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

VISI

MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPEUTIK DAN EFEKTIF DARI SEGI FIZIKAL, PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN SEKOLAH

MISI

DENGAN RASA PENUH TANGGUNGJAWAB DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENOLONG BANTU PELAJAR DARI ASPEK PENGAYAAN, PERKEMBANGAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PENGETAHUAN,KETRAMPILAN DAN KONSEP KENDIRI POSITIF YANG PERLU DALAM MENGHASILKAN MASYARAKAT ‘MADANI’MELALUI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG BERKESAN, BERAMANAH BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

FALSAFAH

BAHAWASANYA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBLENGKAN SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP, BERKESAN DAN BERAMANAH BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

~ Kenali KAUNSELOR Anda ~


Nama                                                   : Pn. Suzita Bt Mohamed Sahid
Status                                                  : Berkahwin
Alamat Pejabat                                    : Sek.Men.Keb. Methodist
 Jalan Sungai Daun,
14300, Nibong Tebal.
Kelulusan Akademik                          : Ijazah Sarjana Muda (Bimbingan Dan Kaunseling),     
                                                            Dip. Pengurusan Asas       
Jawatan                                              : Kaunselor SMKMNT
Tarikh Mula Khidmat                          : 17/2/2003


Nama                                                   :Cik Zanazuriany Bt Mohd Amin

Jantina                                                 : Perempuan
Status                                                  : Bujang
Alamat Pejabat                                    : Sek.Men.Keb. Methodist
 Jalan Sungai Daun,
14300, Nibong Tebal.
Kelulusan Akademik                          : Ijazah Sarjana Muda
 Pengurusan Kerja Sosial
Kelulusan Ikhtisas                               : Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
  (DPLI)
Jawatan                                               : Guru Bimbingan dan Kaunseling
  (GBKSM)
Tarikh Mula Khidmat                         : 27 September 2011
Pengalaman sebagai Kaunselor           : 11 bulan


~ Selamat Datang ke SMK METHODIST NIBONG TEBAL ~



VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist 14300 Nibong Tebal, Akan Muncul Sebagai Sekolah Menengah Harian Biasa Terbaik Dalam Pencapaian Akademik Di Daerah Seberang Perai Selatan Menjelang Tahun 2012.
MISI SEKOLAH
Menempa Kejayaan Dan Kecemerlangan Dalam Bidang Kurikulum, Kokurikulum Dan Sahsiah.

MATLAMAT SEKOLAH
Mengadakan Persekitaran Pendidikan Yang Kondusif Serta Mewujudkan Permuafakatan Dan Usaha Bersama Semua Pihak Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Ke Tahap Yang Maksimum Sehingga Menjana Kecemerlangan Menyeluruh Di Dunia Dan Akhirat Dalam Aspek Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmaninya (Insya Allah).

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami Di SMK Methodist Nibong Tebal, SPS, Pulau Pinang Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Akan Menumpukan Usaha Kami Untuk Menyempurnakan Hak-Hak Pelanggan Kami Seperti Berikut:


1.       PELAJAR
Mengamalkan Pendemokrasian Pendidikan Dengan Memberikan Peluang-Peluang Pendidikan Yang Terbaik Dan Adil Serta Perkhidmatan Penyayang Kepada Semua Pelajar Dalam Persekitaran Dan Iklim Sekolah Yang Kondusif Mengikut Piawaian-Piawaian Yang Telah Ditetapkan.

2.       KAKITANGAN
Menyediakan Kemudahan Dan Ganjaran Yang Baik Bagi Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Serta Mewujudkan Budaya Pembelajaran Berterusan Sepanjang Hayat.


3.       IBU BAPA / PENJAGA PELAJAR DAN KOMUNITI
Memberikan Layanan Segera Yang Mesra Dan Adil Dengan Harapan Akan Wujud Suatu Hubungan Dua Hala Yang Akrab Bagi Menyelesaikan Segala Permasalahan Yang Timbul Dengan Cara Yang Lebih Harmonis.

4.       PEJABAT PELAJARAN DAERAH, JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Melaksanakan Dasar Dan Kurikulum Pendidikan Negara Yang Berteraskan Kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan Serta Sentiasa Bersedia Untuk Bekerjasama Dan Menurut Perintah.

5.       NEGARA MALAYSIA
Menyediakan Sumber Tenaga Manusia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Mampu Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat Dan Negara.

MOTO SEKOLAH
Berusaha Dan Berjaya

SLOGAN SEKOLAH
SMK Methodist Terus Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang