R Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Memandang sekolah ini menghadapi masalah kekurangan bilik darjah, maka bilik Bimbingan yang sewajarnya tidak dapat disediakan. Namun begitu sebuah bilik kecil/ruang untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling dapat juga diwujudkan. Walaupun kurang selesa, tetapi ruang yang ada cukup untuk menampung keperluan dan peralatan semasa. Bilik pentadbiran B&K dijadikan bilik kaunseling individu manakala bilik sumber kaunseling dijadikan bilik kelompok. Inventori peralatan yang terdapat dalam bilik kaunseling ialah, sebuah meja, dua buah almari, satu set komputer meja, satu rak buku, satu rak fail, tiga papan lembut, satu papan putih, kipas angin dan satu set kerusi rehat.
R Kajian Keperluan Pelajar.
Kajian keperluan pelajar telah dijalankan seawal minggu pertama persekolahan (Minggu Orientasi) dengan menggunakan ‘Senarai Semak Keperluan Pelajar’ (lampiran). Kajian juga dibuat dari semasa ke semasa dengan menggunakan alat ujian, temu bual dengan pelajar, rakan, guru-guru, kakitangan sekolah, pentadbir, lawatan sosial, ibu bapa dan berdasarkan laporan guru disiplin dan guru-guru lain. Berdasarkan maklumat dan hasil ujian, pelajar akan dipanggil untuk menjalani sesi kaunseling individu/kelompok samada bentuk krisis, pencegahan atau pengembangan.
R Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini menyediakan berbagai kemudahan untuk pelajar. Antara lain:
1. Sesi kaunseling individu dan kelompok
2. Bimbingan individu, kelompok dan kelas.
3. Perkhidmatan konsultasi
4. Perkhidmatan konferans
5. Menyediakan ‘reach-out’ dan maklumat-maklumat berkaitan kerjaya, pembelajaran
dan maklumat-maklumat semasa.
6. Ujian-ujian dan kuiz
7. Program-program untuk kemantapan diri, pengembangan kendiri, pencegahan dan
pemulihan .
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
No comments:
Post a Comment