Saturday, October 22, 2011

Keyakinan Diri

Pengertian & Kepentingan Keyakinan Diri


Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.


Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda. 

Jenis-Jenis Keyakinan 
Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
1. Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
2. Keyakinan terhadap diri sendiri
3. Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
4. Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri


Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri

1. Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
2. Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
3. Kurang  pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
4. Kurang kemahiran dan persediaan
5. Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
7. Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup) 
8. Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat


Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
·  Kurang senyum
·  Risau dan kelihatan risau
·  Gugup dan kelihatan gugup
·  Kurang berinteraksi
·  Malas bekerja atau berusaha
·  Bersikap meminta-minta
·  Mudah putus asa
·  Suka gossip dan mengumpat
·  Defensif dan pemarah
·  Mudah berbohong 
(*oleh Taidin Suhaimin)

No comments:

Post a Comment