Sunday, February 26, 2012

Kursus Fasilitator Sahabat PPDa Petronas Sekolah Menengah 2012

KURSUS FASILITATOR SAHABAT PPDa PETRONAS
SEKOLAH MENENGAH 2012
                                    
Tarikh              : 20 hingga 22 Februari  2012
                                    Hari                 : Isnin hingga Rabu
                                    Tempat            : Chalet Air Panas, Jalan Betong,
                                                             33100 Pengkalan Hulu, Perak.
PENGENALAN
Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Situasi yang mula menular secara drastik ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda ini perlulah dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat. Justeru, Program Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) antara Kementerian Pelajaran dan Petronas yang termeterai adalah sejajar usaha semua pihak memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai. Peruntukan yang disumbangkan oleh Petronas iaitu sebanyak RM1 juta setahun sehingga tempoh lima tahun bermula tahun 2008 sehingga 2013 adalah amat dialu-alukan.

OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa kepada para pelajar dan guru supaya dapat mengelak diri daripada terjebak dengan dadah.
2.2 Selari dengan usaha membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
2.3 Membentuk nilai PPDa iaitu budaya sihat, tingkah laku positif, amalan nilai murni dan sikap benci dadah dalam kalangan warga sekolah.

IMBASAN KURSUS

SLOT
ULASAN
a. Slot 1 : Ice-breaking
- murid-murid dapat berkenal-kenal antara satu sama lain bagi mewujudkan hubungan antara mereka.
b. Slot 2 : Pengenalan kepada Sahabat PPDa
- murid-murid didedahkan dengan tujuan mereka menyertai kursus ini dan juga maklumat tentang Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Sahabat PPDa Petronas.
c. Slot 3 : Kenali Diri
- melalui slot ini selain dapat membantu murid mengenali diri sendiri, mereka juga diharapkan dapat mengenali rakan-rakan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan kelak.
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
d. Slot 4 : Kemahiran Asas Membimbing
- membimbing murid-murid untuk menjadi seorang pembimbing / fasilitator.
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
e. Slot 5 : Kemahiran Komunikasi
- melatih murid-murid supaya berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain serta menekankan kemahiran komunikasi berkesan dan kemahiran asertif.
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
f. Slot 6 : Penyelesaian Masalah
- Mendedahkan murid-murid dengan situasi yang memerlukan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi (bekerjasama).
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
g. Pelan Tindakan
- Menjelaskan kepada murid perancangan yang perlu dilakukan dalam setiap tindakan yang akan dilakukan.
- Latihan Dalam Kumpulan dijalankan bagi mengaplikasikan kemahiran tersebut.
# seramai 50 orang peserta terdiri daripada murid tingkatan 4.


PENUTUP
Kursus seumpama ini amat penting kepada murid-murid dalam menambah pengetahuan dan juga maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah. Justeru, banyak input yang diperolehi dan diharapkan dapat digunakan kelak.

Membentangkan hasil perbincangan

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

~ Bertindak mengikut arahan ~

"Energizer"

No comments:

Post a Comment